Sunday, 18 November 2012

Selepas membuat jamuan akhir tahun, Ustaz menganjurkan aktiviti Jom Solat. Tujuan aktiviti ini untuk memberi pendedahan kepada murid mengenai cara untuk sembahyang.






Sambutan Hari Jadi dan Jamuan Akhir Tahun







Aktiviti yang kami jalankan untuk murid prasekolah Sk Sri Skudai supaya mereka lebih seronok untuk belajar. Ini adalah Planetarium Melaka, di sini murid-murid ditayangkan dengan tayanga mengenai kesan pencemaran kepada hidupan laut. Tayangan tersebut berbentuk 3D. Sebenarnya saya yang teruja, hihi..kami hendaklah baring semasa menonton tayangan tersebut. Setelah itui kami melihat pameran angkasa lepas.. Kawan-kawan bolehla bawa anak murid ke sini..




Gambar di tempat pameran ..Maaflah gambar ni memang gelap kamera tak ada flash.. 





Destinasi seterusnya ke zoo. Murid seronok melihat haiwan. Kami membahagikan murid kepada 6 kumpulan, setiap kumpulan mempunyai 6 orang murid bersama seorang guru pengiring. Kami meletakkan riben mengikut warna kumpulan supaya muri-murid akan mengenali ahli kumpulan masing-masing.





Sebelum balik ke sekolah, kami berehat sekejap di R&R Pagoh bagi menikmati makanan Mc Donald.












Saturday, 27 October 2012

Aktiviti sukaneka prasekolah. Ketiga-tiga kelas prasekolah bermain mengikut acara yang telah disediakan oleh guru. Murid sedang beratur mengikut kelas sebelum memulakan pertandingan.

Murid memulakan pertandingan mengikut kelas masing-masing.



Wajah keriangan murid prasekolah Sk Sri Skudai









Sunday, 21 October 2012

Asalamualaikum..lama  saya tak jenguk blog saya ni.. Ini merupakan aktiviti yang saya jalankan semasa tema cuaca. Saya meminta murid mengukur bayang menggunakan pensel. Kemudian mereka dikehendaki membandingkan bayang pensel dengan rakan yang lain.


Saturday, 6 October 2012


Saja nak kongsi dengan kawan-kawan, ini adalah salah satu program yang diterapkan di dalam prasekolah.Selain belajar di dalam kelas, murid juga turut belajar di luar kelas.Murid-murid bukan Islam juga menyertai program ini. Tujuannya supaya murid bukan Islam mengetahui budaya orang Islam. Murid akan berarak dalam kawasan sekolah sambil berselawat.

Program Sambutan Maulidur Rasul

Murid berkumpul didataran prasekolah

Murid berarak di dalam kawasan sekolah

Murid tekun mendengar ceramah daripada ustaz


Tuesday, 2 October 2012


Aktiviti Bersama Mc Donalds




Prasekolah Sk Sri Skudai merupakan anak angkat kepada Mc Donalds Taman Universiti. Oleh itu, pihak Mc Donalds akan mengadakan aktiviti yang bersesuai dengan murid prasekolah supaya dapat menarik minat murid untuk belajar. Gambar di atas merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan oleh pihak Mc Donalds bersama murid-murid prasekolah Sri Skudai.